Pages

appreciating moments...

It's about appreciating precious moments in life...

Tuesday, December 14, 2010

Sepetang


Kekadang kita terlupa bahawa hari-hari yg kita lalui adalah tak sama.Walau kekadang kitai biarkan hari berlalu begitu seperti putaran jarum jam,namun ianyanya tetap berbeza. Oleh itu 'apreciate the moment' yang berlalu. Abadikan hari-hari yang mendatang bersama orang-orang yang kita sayang. Jangan biarkan detik ketika itu berlalu tanpa sebarang 'moment' untuk kita kenang. Biarkan ianya sekadar sebaris kata-kata,namun ianya bakal menjadi kenangan terindah untuk kita kelak.
Ummm petang petang begini memang 'best' kalau pekena ubi kayu kayu rebus bersama kelapa parut yang digaul bersama gula. Rasa masin garam ala ala manja memang menambah lagi sedapnya. Dihidang pula dengan teh panas kurang manis....ummm cair air liur....tapi manalah nak cari semua tu sekarang ni. Ubi kayu pun dah lama aku tak tengok. Entahlah,tiba-tiba lak teringin nak merasa ubi kayu rebus. Tekak ini bagai terbuka pula untuk menikmati makanan yang sukar pada waktu yang mungkin susah untuk didapati. Kalau pergi cari kat gerai dibandar pun ,belum tentu ada yang menjualnya. Namun,kalau ada yang menjualnya,adakah rasanya masih sama. Dulu kalau mak masak ubi kayu, memang tak pandang langsung. Bau lemak dan gebu isi ubi kayu yang menusuk hidung tak mampu menarik perhatian aku untuk merasanya. Penat mak mencari ubi kayu kat tepi sungai, dengan kederat menarik pangkal pokok ubi kayu yang bukan calang-calang senang nak menariknya keluar. Tersenyum geram mak apabila ubi kayu sebesar lenggan berjaya ditarik keluar. Pas tu mak potong pendek-pendek sepanjang jari telunjuk. Dengan air sungai juga mak membasuh ubi menghilangkan sisa-sisa tanah dan seterusnya dibalut dengan daun keladi untuk dibawa pulang buat sarapan pagi. Tapi bila aku buka tudung saji, ubi kayu rebus yang tersaji....aku buat dehk jea....kekadang sampai kepetang tidak dijamah sesiapa. Alamat habuan ayam le hendaknya. Mesti mak sedih atau sekurang-kurangnya berkecil hati apabila ubi kayu rebusnya tak dijamah anak-anak. Tapi itu semua macam perkara biasa bagi mak.Bukan sekali dua, ubi kayu rebus mak menjadi basi, entah tak terkira rasanya ubi kayu rebus mak menjadi makanan asasi ayam-ayam.Makan ke tak,mak akan buat juga.Buka sengaja mak masak ubi kayu walaupun anak-anak dah muak menjamahnya tapi itu yang mampu mak buat untuk mengisi perut kami.Betapa kecil hatil mak tiada siapa yang ambik peduli.Sedih hatinya, mungkin mak simpan dalam hati, biar tak siapa yang tahu.Susah payah mak buat semua tu untuk kami agar tak lapar dipagi hari, biar perut terisi,namun kami biarkan semuanya basi. Terlalu kecilkah aku ketika itu untuk memahami semuanya tu. Terlalu budakkah aku pada waktu tu hingga aku tak mampu merasa walau secubit pun demi menjaga hatinya. Rindu hati ini untuk aku merasainya lagi.Kalaulah ketika ni tersaji depanku ubi kayu rebus yang mak buat, pasti aku tak biarkan ianya terbuang walaupun secubit. rindunya aku....rindunya aku untuk menjamahnya biarpun hanya secubit cuma.