Kata orang, raya boleh dimana-mana.Semuanya sama saja.Mulanya aku bagai bersetuju dengan 'statement' itu. Tapi bila dapat beraya sepenuhnya dikampung pada raya kali ini, baru aku sedar ,sesungguhnya beraya dikampung memang ada keindahannya. Tak sama beraya dikota.Sejak angin kota sudah berkubang dihati, sengaja bagai tak ingin menjenguk kampung di hari lebaran. Bagai sudah lupa tempat asalnya. Bagai sudah lupa bagaimana meriahnya suasana dimalam raya. Kesibukkan malam raya memang meriah dan lain suasananya. Semangatnya sukar ditandingi oleh mana-mana malam. Rasanya janganlah sampai pagi. Mungkinkah terlupa bagaimana indahnya dipagi raya.Kedinginan dihening pagi raya dikampung yang mengigit kulit dinginnya begitu terasa. Keindahannya bisa meruntun jiwa.Pagi pagi lagi dah bangun walau baru saja melelapkan mata dek kerna malam raya. Dingin air perigi yang mak curah ke kepala bagai membeku lidah sampai tak habis membaca niat mandi raya yang aku ingat ingat lupa. Kadang-kadang pada pagi raya, kami adik beradik mandi saja disungai belakang rumah, bukannya sebab kering air telaga atau lengguh tangan mak mencedok airnya,tapi sebab kamu semua dah makin dewasa,biarlah air sungai sahaja yang membasahi dipagi raya,kata mak. Kalau tak kerana pagi raya, tak sanggup aku berkubang dalam air sungai pagi yang membeku. Kabus pagi samar samar kelihatan permukaan sungai bagai menambah liat aku nak mandi pagi raya. Semuanya hanya memori lama yang kadang-kadang bagai tak sudi menjenguk ingatan ini.
Pagi raya tahun ini indah juga suasananya walau heningnya tak seberapa. Namun masih kelihatan anak-anak kecil kesungai dibelakang rumah untuk mandi pagi raya. Aku tertanya...masih sejuk lagikah air sungai itu rasanya. Banyak lagikah anak-anak ikan seluang untuk disaut dan dipukat. Dah lama aku tak kesana.Dipagi raya kali ini aku tak sungai seperti lazimnya masa kecil. Tiada lagi tangan yang mencurah dingin air perigi dikepala .Periginya pun dah lama dimamah bumi. Masih dapat didengar laungan takbir disurau yang dekatnya dapat dilihat mata. Gema keramatnya meresap diseluruh jiwa bagai memanggilku cepat kesana. Terpaksaku bergegas juga, terlambat, alamatnya dibarisan belakanglah jawabnya. Besar suraunya tak seberapa, penuhnya hanya pada hari raya, pada hari biasa taklah nampak sangat kurangnya. Walau pun dah lama tak balik ke desa, tapi wajah-wajah disurau banyak yang nampak 'familiar'.AKu menghulurkan tangan tandaku mengenali mereka, tapi rata-rata semua tahu siapa aku, anak siapa, kerja dimana,cuti sampai bila... tanya mereka....tapi siapakah mereka ? Itulah indahnya berada didesa, semua mengenali sesama. Rumah aku di kota, jiran sebelah rumah pun susah nak jumpa, tanyalah siapa nama anaknya...memang aku tak tahu....selepas solat raya, aku disapa 'mamat' disebelah,aku tersenyum selamba, rasa macam kenal, tapi tak tahu siapa...rupa-rupanya, teman sekolah rendah. Patutlah dari mulanya tersenyum panjang tunggu untuk disapa,tapi aku buat selamba, almaklumlah aku tak kenal siapa dia walau rasanya pernah jumpa. Nasib anak buah membisik ditelingga, barulah aku terlopong tergangga kalau tak pasti aku dianggap tak mesra . Terus cerita-cerita lama bergelumang dimata. Akrab kami memang hebat, pantang ada dia pasti aku ada sama. Sekeliling kampung kami ronda, rambutan siapa yang tak hilang buahnya. Tanya kami, kami buat selamba, tapi memang mereka syak dan tahu siapa dalangnya. Dulu,ligat budaknya....pening kepala orang tua dibuatnya. Pantang ditegur pasti berpuluh alasannya. Kalau kena marah,pucuk pokok manggislah tempat duduknya. Aku tak ikut sama sebab dah sekali terkena, parutnya jelas terasa. Kini wajahnya agak berusia walaupun umur kami sama, saiz tubuh tak banyak bezanya. Cuma mungkin aku dilahirkan waktu siang sebab itu aku lebih cerah daripada dia. Tak sangka rupanya dah beranak tiga.Aku bangga dengan dia yang dah berjaya membina rumahtangga, tapi aku baru nak membina kerjaya. Kerja kampung mungkin banyak mematangkan dia, walaupun pendapatannya mungkin tak seberapa tapi aku nampak dia bahagia. Agak kusam mukanya dek panahan terik matahari tapi senyumannya tak lekang dari muka...mulanya aku macam tak percaya yang itu orangnya sebab kalau nak dibandingkan dengan yang lama lain betul gayanya , tak sama macam budak yang sama-sama bergelumang di sawah dan cari ikan laga. Pelik juga...macam terasa malu untuk terus berbicara tapi dulu kamilah teman yang akrab gila. Pantang dapat berjumpa bagai heboh satu dunia bisingnya.Macam-macam nak bercerita walhal baru semalam berjumpa. Tapi sekarang, kelu seribu bahasa. Aku bagai baru kenal dia. Mungkin dia pun perasan juga dan terasa malu nak bersuara. Apatah lagi gaya kami berdua yang kini berbeza . Begitu hebat kesannya masa, sikit-sikit ia menjarakkan manusia. Tak sedar dah lama tak jumpa apatah lagi bertegur sapa. Alasan yang basi dan sama, kononnya tak ada masa. Ingat nak bertegur esok lusa,tup...tup dah bertahun masanya.Lama-lama malu dan segan pun menjelma. Tapi masa tak pernah lupa, aliran tetap sama,kalau dibiar boleh hilang saudara. Biarlah dia dengan dunianya, aku pasti dia bahagia...harap-harap dia berfikiran sama. Di belakang motor, dua anaknya membonceng sama, comel dan lengkap dengan sampingnya sambil mata mereka tak lekang melihat aku tersenyum bagai mereka juga mengenali aku...mungkin ayahnya membisik, itulah sahabat karibnya yang dulu sama sama berkubang di sawah dan cari ikan laga.